Saya juga seperti anda semua. Kalau berniaga, nak untung. Kalau melabur, nak untung. Nak apa pun, mesti nak untung. Mesti nak yang baik2 dan selamat.
Maka, saya telah buat beberapa perbandingan antara beberapa pilihan yang ada di luar sana. Saya dapati, potensi keuntungan maksimum boleh dicapai hanya sekiranya saya melabur DAN berniaga. Melabur sahaja tidak cukup, terutamanya jika modal kecil. Melalui berniaga, insyaAllah… (semua pun dengan izin Allah), keuntungan yang berkali-kali ganda dapat diperolehi. Kalau gabung kedua-duanya iaitu melabur DAN berniaga, lagi la banyak keuntungannya, dengan syarat kedua-duanya dilakukan dengan cara yang betul.
Setelah membuat analisis dan meminta beberapa pandangan, kini saya memilih T&T Silver dan Hargaemas Resources sebagai dua platform yang terbaik untuk saya melabur dan berniaga di dalam industri logam berharga ini. T&T Silver lebih fokus kepada produk silver manakala Hargaemas Resources lebih fokus kepada produk emas.
Di bawah ini saya akan menerangkan beberapa kelebihan T&T Silver dari dua aspek iaitu (i) pelabur (ii) peniaga/dealer. Rakan2 dealer T&T Silver yang lain boleh juga menambah point2 lain yang mungkin saya tidak tahu, salah atau lupa.
i. Kelebihan dari aspek seorang Pelabur
1. Jaminan Belian Balik (BUY BACK) daripada syarikat yang berpengkalan di Malaysia.
Point ini adalah yang paling penting bagi saya. Samada anda seorang pelabur jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang, jaminan buy back adalah sangat penting untuk memastikan anda dapat mengaut keuntungan daripada pelaburan yang dibuat apabila tiba masanya.
Saya tahu memang ramai yang membeli jongkong silver 1oz dari luar negara dan syarikat tersebut mempunyai credibility yang baik. Syarikat tersebut memang memberi jaminan Buy Back. Tapi mengikut pengalaman saya mengikuti program personal finance coaching bersama Azizi Ali selama 5 bulan, apa sahaja pelaburan di luar negara yang letaknya beribu-ribu kilometer dari tempat anda adalah berisiko tinggi. Contoh perbincangan antara saya dan Azizi Ali ialah berkenaan Walton Land Banking (Walton). Memang beliau tak galakkan saya untuk melabur dengannya kerana kalau apa2 jadi, bukan senang nak resolve. Jauh tu! Melainkan jika syarikat tersebut mempunyai distributor nya sendiri di Malaysia. Contohnya produk emas Canadian Maple Leaf yang dijual oleh UOB Bank di Malaysia.
Tapi saya dan Azizi Ali tak boleh la nak kata salah untuk membeli produk silver dari luar negara. Itu terpulang kepada selera dan strategi masing2. Untuk diri saya, nak berjaya, ikut cara orang yang dah berjaya. Nak jadi jutawan, dengar (dan fikir. Bukan main terima je) nasihat dari seorang yang DAH jutawan. Azizi Ali memang seorang jutawan. Dah bertahun-tahun bisnes beliau dapat revenue RM1juta ke atas.
Saya sendiri dan beberapa dealer T&T Silver juga telah pergi melawat ke kilang T&T Silver di Penang. Boleh la tengok gambar2 kat bawah ni.
Tak dapat nak ambil gambar banyak2, contohnya bagaimana pembentukkan jongkong silver dan rantai emas di buat, mesin2 yang digunakan dan sebagainya. Sebab kebanyakkannya adalah classified (rahsia syarikat).
2. Premium yang rendah – sesuai dengan kelasnya yang tersendiri.
Apa itu ‘premium’? Premium = harga jual – harga spot. Premium wujud kerana setiap pengeluar produk mempunyai kos pengilangan, pengedaran dan sebagainya. Ini adalah normal dalam dunia business. Tiada peniaga yang menjual logam berharga pada harga spot.
Pada pendapat saya, kita kena rasional. Kene ambil jalan tengah. Apatah lagi jika anda baru nak berjinak-jinak dengan industri logam berharga. Maksud saya ialah, untuk permulaan, jangan melabur dalam produk yang premiumnya sangat tinggi seperti numismatic atau commemorative coin. Antara contohnya adalah seperti di bawah:
Tapi jangan la pula terlalu extreme sehinggakan nak melabur pada silver nugget contohnya. Kononnya sebab ianya masih dalam bentuk ‘mentah’ maka harganya sangat murah sebab ia belum dicairkan untuk dibentuk menjadi silver bar/coin/sebagainya. Maka sudah tentu premiumnya rendah.
Kenapa? Jawapannya ada kaitan dengan point no. 1 di atas.
Sebab tu saya pilih T&T Silver. Dah la produknya cantik. Tak la nampak macam pemberat kertas (paper weight) je. Buruk betul. Produk cantik tapi premiumnya masih ok. Ianya tidak lah semurah pesaing2 T&T Silver (pada pandangan saya, produk minted T&T Silver ni takde pesaing langsung) tapi masih sangat sesuai untuk dijadikan pelaburan. Saya beri jaminan kepada anda bahawa produk T&T Silver mempunyai kelasnya yang tersendiri.
Point ‘cantik tapi premium ok‘ ni penting dalam membantu anda mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melabur dalam logam berharga. Ianya sangat berkaitan dengan kelebihan dari aspek seorang dealer yang akan saya terangkan nanti.
3. Produk yang tulen & berkualiti tinggi
Memandangkan saya sudah lihat dengan mata saya sendiri bagaimana produk2 T&T Silver dihasilkan, maka memang saya yakin dengan ketulenan dan kualiti produk yang dikeluarkan. T&T Silver juga menggunakan certified assayer (tukang pemeriksa ketulenan logam berharga). Cuma assayer nya akan certify produk2 T&T Silver dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Bukan 1 unit demi 1 unit.
Dalam industri logam berharga ni, mana2 pengeluar produk yang tidak tulen akan cepat dikenali di kalangan ahlinya. Nama mereka akan jadi buruk dan bisnes mereka akan cepat jatuh jika mereka mengeluarkan produk yang tidak tulen.
InsyaAllah tak lama lagi saya akan mengeluarkan satu video tentang “Bagaimana Menguji Ketulenan Produk Silver”. Saya sendiri nak jadi main actor dalam video tersebut. Hehe.
4. Packaging yang berkualiti
Seperti mana emas tulen akan kusam setelah lama kelamaan dan anda perlu membersihkannya untuk mengembalikan seri nya kembali, begitu juga silver. Silver akan menjadi semakin gelap jika selalu dipegang dan terdedah kepada udara. Pada satu aspek, jika produk silver anda jadi semakin hitam, itu satu petanda yang bagus kerana terbukti ianya adalah produk silver tulen. Tapi dari aspek emosi, hehe….sapa nak simpan produk yang dah makin hitam, ye tak? Saya pun tak nak.
Sebab tu T&T Silver telah mengambil satu insiatif yang bijak iaitu menggunakan blister pack bagi produk 5gram sehingga 100gram. Blister pack yang dihasilkan adalah menggunakan teknologi lamination berfrekuensi tinggi yang dijamin kedap udara (angin takkan masuk). Bukan nya lamination macam yang anda selalu buat kat kedai stationary untuk name tag anda tu.
Blister pack untuk produk 250gram dan ke atas, sedang diusahakan. Agak sukar hendak buat blister pack bagi produk 250gram ke atas kerana saiznya agak besar.
5. Penghantaran produk ke seluruh Malaysia menggunakan Pos Laju yang disertakan insuran.
T&T Silver telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada Pos Laju untuk memberi servis kurier berinsurans dengan rate yang kompetitif ke atas produk2 T&T Silver. Maka, dengan ini, anda tak perlu risau tentang di mana dan bagaimana nak collect produk yang anda beli nanti.
ii. Kelebihan dari aspek seorang Dealer
1. Komisen yang tinggi.
Yes. Seperti yang di tulis di atas, potensi keuntungan maksimum adalah dengan melabur DAN berniaga/menjadi dealer.
Pertama sekali, anda mesti daftar sebagai dealer T&T Silver. Sila rujuk sini untuk mengetahui cara mendaftar: DAFTAR . (daftar je dulu. Nak beli 10 tahun kemudian pun takpe. Yang penting daftar!) Setelah anda mendaftar, baru anda boleh membeli produk dengan memilih beberapa pakej yang anda rasa sesuai dengan anda.
Perhatian: T&T Silver mengamalkan konsep komisen single level secara amnya. Bukan multi-level.
(a) Jika anda beli mana-mana produk T&T Silver bernilai minimum RM3,300-00, anda akan dapat menjadi Junior Dealer (JD). Komisen/rebate yang anda layak terima adalah sebanyak 2%.
(b) Jika anda beli mana-mana produk T&T Silver bernilai minimum RM6,000-00, anda akan dapat menjadi Senior Dealer (SD). Komisen/rebate yang anda layak terima adalah sebanyak 4%.
(c) Jika anda beli mana-mana produk T&T Silver bernilai minimum RM15,000-00, anda akan dapat menjadi Master Dealer (MD). Komisen/rebate yang anda layak terima adalah sebanyak 6%.
Bonus 1: Setiap dealer (tak kira anda JD atau SD atau MD) yang menjadi introducer kepada mana2 dealer atau pelanggan di bawah anda, syarikat T&T Silver akan memberi komisen 1% kepada anda.
Bonus 2 (Khas untuk MD sahaja): Sekiranya anda seorang MD, dan anda dapat jadi introducer kepada seorang MD di bawah anda, anda akan mendapat komisen 0.5% sebagai breakaway komisen. Kemudian, jika MD di bawah anda tu juga dapat menjadi introducer kepada seorang lagi MD di bawahnya, maka syarikat akan memberi komisen 0.5% juga kepada anda sebagai breakaway komisen. Maka jumlah Bonus 2 = 1%
Kenapa syarikat nak beri? Hehe… beri saya masa untuk update artikel ni ye. Bab komisen ni saya tak berapa reti nak jelaskan melalui penulisan. Perlu masa sket. Senang cerita, komisen boleh up to 8% jika anda bersama T&T Silver. Bagus bukan?
Perhatian: T&T Silver mengamalkan konsep komisen single level secara amnya. Hanya untuk MD, 2 level komisen diberikan, itu pun hanya berjumlah 1% (0.5% for each level) sebagai breakaway komisen. Bukan multi-level.
Sebenarnya, terdapat 1 lagi jenis bonus khas iaitu bagi anda yang mendaftar dan kemudiannya membeli kurang daripada RM3,300 dalam 1 resit iaitu syarikat T&T Silver akan memberi komisen sebanyak 0.5% kepada anda bila anda jadi introducer kepada dealer2 atau pelanggan2 baru di bawah anda.
Inilah satu inisiatif yang baik oleh T&T Silver untuk menggalakkan anda menambah pendapatan bersama T&T Silver.
2. Produk yang cantik
Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, point ‘cantik tapi premium ok‘ ni SANGAT penting dalam membantu anda mewujudkan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan melabur dalam logam berharga. Anda dah baca artikel2 di blog ini. Anda mungkin juga sudah membaca artikel2 di website2 lain. Anda sudah nampak betapa ekonomi dunia begitu rapuh sekarang ini. Anda tahu bahawa dalam sejarah manusia, tiada empayar yang kekal selama-lamanya. Negara Amerika juga tidak terkecuali daripadanya. Anda sudah tahu akan betapa pentingnya untuk menukar duit kertas anda kepada logam berharga seperti emas dan perak.
Sekarang, bagaimana pula cara terbaik dan termudah untuk anda menceritakan kepentingan tersebut kepada orang2 di sekeliling anda supaya mereka juga menjadi bijak seperti anda?
Dalam usaha untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain, anda mesti faham tentang mind perception. Saya beri satu contoh mudah. Kata la kat dunia ni ada 2 jenis kereta je. Satu, kereta ferrari yang berkualiti tinggi dan murah. Andaikan design nya serious buruk – macam kereta lembu.
Kereta kedua ialah Proton Saga. Cuba bandingkan Ferrari Cap Kereta Lembu yang murah dan berkualiti tinggi dengan Proton Saga yang murah tapi cantik rupanya. Anda agak la, bila anda nak cerita tentang kelebihan dan kepentingan kedua-dua kereta tersebut, ramai orang akan prefer yang mana? Cuba guna common sense.
Sebab tu saya pilih T&T Silver kerana produk nya ‘cantik tapi premium ok‘. Mudah untuk dijual. Tunjukkan saja sampel produk, terus prospek bersedia untuk mendengar lebih lanjut. Kita untung, orang lain pun untung.
3. Pilihan produk yang pelbagai
T&T Silver menawarkan pelbagai pilihan produk iaitu dari 5gram sehingga 1000gram bagi jenis Medina Series (minted). Bagi jenis casting, terdapat 1kg dan 3kg. Tidak lupa juga dengan produk2 silver lain yang T&T Silver keluarkan untuk syarikat lain (kan T&T Silver ada kilang), setiap dealer T&T Silver berpeluang untuk memasarkan produk2 tersebut.
Lebih banyak jenis pilihan, lebih bagus untuk anda sebagai dealer dalam memasarkan produk2 kepada prospek anda.
4. Jaminan Belian Balik (BUY BACK) daripada syarikat yang berpengkalan di Malaysia.
Aha. Ini point mudah. Sebagai dealer, anda ceritakan je point yang saya sebutkan tentang Buy Back ni di atas. InsyaAllah, ini point yang strong.
5. Sistem pengurusan komisen yang telus.
Sistem yang ada sekarang ni sudah cukup baik. Anda cuba la daftar dan tengok sendiri. Serious, daftar je. No strings attached.
Dah cukup bagus macam ni pun, still T&T Silver invest untuk sistem yang lebih baik. Akan datang anda boleh lihat komisen anda datang dari saluran yang mana, boleh print report dan guna dokumen tersebut untuk apply apa2 loan bank, dan sebagainya. Kebolehan membayar menggunakan credit card secara online juga akan dibuat. Semunya sedang dalam proses pembangunan. Saya sendiri sudah mencuba sistem baru tersebut (masih beta version) dan memberi komen2 membina kepada T&T Silver bagi mendapatkan sistem yang terbaik untuk anda semua.
6. Sistem pemasaran online (affiliate system) yang cekap dan komprehensif bagi membantu dealer memasarkan produk secara online ke seluruh Malaysia (seluruh dunia boleh?).
Haha…ni best. Satu best sebab syarikat saya (www.aidantech.com) dapat close deal untuk integrate affiliate system dgn sistem yang sedang dibangunkan tu. Satu lagi, serious….sistem affiliate ni memang sangat bagus dalam membantu anda membuat online marketing.
Apa itu affiliate sistem? Senang cerita, bila prospek klik link di website atau blog anda untuk pergi daftar akaun mereka di website www.tntsilver.com, kat bahagian introducer tu akan AUTOMATIK keluar nama anda sebagai introducer. So, hampir mustahil la kes kene cantas atau kes prospek terlupa/tersilap/sengaja tak masukkan nama anda sebagai introducer.
7. Penghantaran produk ke seluruh Malaysia menggunakan Pos Laju yang disertakan insuran.
Ini juga point kuat. Sebagai dealer, anda ceritakan je point yang saya sebutkan tentang kurier servis berinsuran ni seperti di atas. InsyaAllah, ini point yang strong. Rate pun kompetitif.
Nah, apa lagi yang anda nak. Boleh market online. Sales pun online. Prospek boleh bayar online. Network lebih mudah untuk berkembang ke sulurh Malaysia. Produk cantik dan berkualiti. Premium ok. Product delivery pun ke seluruh Malaysia. Sistem bagus dan telus. Management team juga bagus and supportive. Senang dan sangat ideal kalau anda nak buat part time side income.
Macam mana? Berminat? Sila klik butang “KLIK SINI” di bawah ini untuk mengetahui cara mendaftar sebagai dealer T&T Silver. FREE je pun.
P/S: Mana2 dealer T&T Silver boleh copy dan paste artikel ini di blog/website anda. Anda boleh tukar semua link2 yang ada kepada link2 anda. Anda TIDAK PERLU meletakkan credit kepada blog ini.
![]() |
|











Penulis: M. Alif Nordin adalah dealer bagi



{ 16 comments… read them below or add one }
salam alif,
aku nak tanye pasal dealer. katekan aku beli silver dlm rm2k then next month aku beli lagi rm2k, aku dah bleh jadi junior dealer ke? ke dlm satu pembelian tu aku kene beli lebih dari rm3.3k?
Wkmslm Azrain,
Kene beli minimum RM3.3k in one resit la bang. Cuma for this few months, T&T Silver bagi leniency utk sesapa yang beli collectively in 1 month lebih dari RM3.3K, still dapat jadi Junior Dealer (JD). Sama gak dengan Senior Dealer dan Master Dealer.
Contohnya hari ni ko beli RM1500. Isnin depan ko beli RM2000. Dapat la jadi JD sebab total dah lebih RM3.3k in 1 month.
Next year rate akan naik. Sapa yg early birds sekarang ni mmg untung. Tengah murah lagi.
fuyoo…mcm PAMP Suisse gitu…
Salam saudara,
Pohon kongsi point2 di atas, bley? nnti letak kredit website nie..
Boleh. Silakan.
Q1:MD masih lagi RM15K or dah naik.
Q2:MD(6%), kalau downline hanya JD(1%) buat belian berapa komisen MD
MRK,
J1: Masih lagi RM15K selagi system baru belum 100% siap. Maybe Feb 2012 baru start.
J2: JD dapat 2% (bukan 1%) dan MD dapat 4%. Total 6%.
Salam…ws,
Biasanya berapa lama brg akan diterima?
Admin, why lately no news/new input..sonyap je!!!
huhu…sorry2.
Barang biasanya dalam 7 hari. Itu normal rate la.
q1…kos pos produk dari t&t ke pembeli kena bayar x..
q2…kalau nak jual kna htr silver ke penang ke..jauh tu
Azmi,
q1: skarang ni belum kene. saya pun berharap akan terus tak kene charge. haha..
q2: takde la. Kalau kat KL, nanti boleh hantar terus ke HQ baru di Kota Damansara. Sekarang tengah renovation HQ tu. InsyaAllah by bulan Mei or June akan buka HQ baru. Alternatively, boleh jual kat mana2 MD.
In future, T&T punye perancangan ialah untuk membuka banyak “safe” office iaitu utk orang simpan barang berharga mereka seperti mana safe box di bank. Di safe ofis T&T di seluruh Malaysia nantilah semua pembeli boleh mengambil produk mereka yg telah diorder dan juga boleh menjual kembali produk mereka kpd T&T. T&T takkan benarkan org beli direct melalui safe office mereka. Safe office hanya tempat simpan produk, pick-up produk dan jual balik je.
ow..k2..mmg berminat..tp rsnye sd je mampu..t pape sya cntct en alif
Ok. No prob.
En. Alif, mohon nak publish artikel ni kat website saya. TQ
Silakan Pn Suzie.
{ 2 trackbacks }