Patutkah Anda Buat Personal Loan Untuk Melabur Dalam Emas dan Silver

January 16, 2012

Suka untuk saya nasihatkan anda supaya berhati-hati dengan mana2 penjual emas dan perak yang menceritakan SEMUANYA indah dalam pelaburan emas dan perak sehinggakan anda sanggup membuat personal loan dengan bank tanpa berfikir panjang mengenai risiko yang wujud. Dah namanya pelaburan, mesti ada risiko. Mana ada pelaburan yang semuanya indah.

picture taken from www.southdacola.com

Saya pernah beritahu kepada anda di artikel ‘12 kelebihan T&T Silver‘ yang saya pernah mengikuti program Personal Finance Coaching bersama Azizi Ali selama 5 bulan. Kalau ikut nasihat Azizi Ali, secara idealistiknya, bank loan patut dibuat hanya untuk 2 perkara sahaja iaitu: (a) beli rumah (b) expand/kembangkan bisnes. Please note, dia kata ‘kembangkan‘ bisnes, bukan untuk baru nak mulakan bisnes. Beza besar tu.

Lainlah anda nak start bisnes seperti syarikat Air Asia yang memerlukan berjuta-juta ringgit untuk membeli kapal terbang. Bisnes plan nya pun begitu detail. Malah boleh masuk Bursa Malaysia terus pun. Bukannya bisnes plan yang dipenuhi fakta2 copy-paste seperti kebanyakkan bisnes plan peniaga-peniaga kecil.

Malah beliau kata, kalau nak buat loan untuk beli kereta pun, mesti usaha supaya anda boleh bayar balik sepenuhnya loan tersebut dalam masa 2 tahun. Hahahaha…amacam? Tak terbeliak mata dengar nasihat Azizi Ali? Semua kene beli kereta Kancil je la nampaknya. Untung syarikat Perodua! Haha…

Dengan kata lain, anda patut buat pinjaman dengan bank bila:
(a) anda benar2 tahu dari mana anda akan dapatkan duit untuk bayar balik pinjaman anda tu.
(b) anda buat loan atas perkara/benda yang sangat berpotensi akan meningkat/appreciate nilainya pada masa hadapan dalam jangkamasa yang munasabah.

Baiklah. Kenapa saya bersetuju dengan Azizi Ali untuk TIDAK galakkan anda berhutang dengan bank dalam membuat pelaburan emas dan perak?

1. Prestasi harga emas dan perak adalah naik dan turun sepanjang tahun.

Ya, memang sepanjang bull market yang panjang, harga emas dan perak biasanya naik sehingga berpuluh-puluh % setahun secara purata selama 10 tahun misalnya. Tapi ingat, saya tulis perkataan ‘purata’. Macam mana kalau kenaikan harga emas dalam satu tahun adalah 5% sahaja walaupun masih dalam bull market period? Interest/keuntungan personal loan untuk setahun pula katalah 24%. Campur fees itu dan ini lagi. Mau tak sia2 bagi extra duit kat bank tanpa anda mendapat apa2 keuntungan? Rugi lagi ada la.

2. Entri point yang salah.

Kalau anda seorang pelabur jangka masa panjang, bukanlah masalah besar kalau entri point anda salah kerana semua indicator menunjukkan unjuran yang positif bagi emas dan perak. InsyaAllah harga emas dan perak akan naik sepanjang comodity cycle ini.

Tapi, macam mana kalau ada short term investor yang pergi beli emas waktu harga around RM1,900 tahun lepas sebab hanya percaya bulat2 apa sahaja kawan anda cakap tentang emas dan perak? Contohnya cerita yang sampai kepada saya berkenaan seorang lelaki/wanita yang nak kahwin dan perlu meningkatkan jumlah wang yang tersedia ada dalam jangka masa yang singkat. Nak kahwin lagi 3 bulan. Duit ada RM15,000 contohnya. Sebab melabur main ikut cakap kawan punya pasal, orang tu pergi la beli emas dengan duit RM15,000 tu dengan niat nak dapat sedikit keuntungan untuk digunakan pada majlis perkahwinan mereka. Haha…tengok2…. harga emas terjun tiruk sampai la sekarang ni dok around RM1,600. Huhu…nasib baik la beli emas fizikal. Kalau gi invest dalam skim pelaburan emas atau akaun emas. Lagi la parah.

Itu pun mujur duit sendiri. Kalau RM15,000 tu duit bank loan? Menangis tak berlagu la jawabnya.

Inilah masalah bila buat pelaburan dengan ikut cakap kawan semata-mata. Bukan kerana anda benar2 tahu waktu yang tepat untuk lakukan perkara yang betul. Bila dah buat loan, pastu tengok2 harga turun, mula la tak lena tido. Kemudian marah dealer emas itu dan ini. Kutuk pelaburan emas dan perak sedangkan anda sendiri tak belajar betul2 pasal emas dan perak. Main semberono je.

Sebab tu anda jangan percaya apa sahaja cakap saya di blog ini berkaitan emas dan perak. Double check apa yang saya cakap/tulis dengan orang2 yang ahli dengan pelaburan logam berharga. Buat analisis kemudian baru buat keputusan untuk melabur. Pastu kalau nak beli emas dan perak, boleh beli dengan saya. heh.

3. Risiko yang boleh wujud tanpa disangka-sangka.

Contohnya, kalau anda kehilangan sumber pendapatan tetap (makan gaji) disebabkan pelbagai faktor seperti anda sakit, syarikat anda bungkus, anda dibuang kerja dan macam2 lagi. Kalau ini berlaku, dari mana anda nak cari sumber wang untuk membayar bank loan anda tu?

Kalau nak melabur tapi takde duit, cadangan saya:

1. Kalau nak juga buat loan, buat loan tanpa interest. Pandai2 la nak cari – confirm bukan dengan bank atau ah long. Rundingkan tempoh bayaran balik yang munasabah. Tapi yang paling baik, tetap jangan buat loan untuk pelaburan.

2. Cari investor yang sanggup untuk bantu anda. Kemudian buatlah pelaburan DAN jadi dealer untuk mendapat keuntungan tambahan. Keuntungan mestilah atas persetujuan bersama. Terms and Condition biarlah mengikut landasan Islam. Kalau anda nak melabur sahaja iaitu beli emas/perak dan kemudian simpan, biasanya tiada sesiapa yang nak jadi investor anda. Anda kene jadi dealer dan buat jualan untuk meningkatkan potensi keuntungan anda dan pelabur.

3. Jadi dealer Hargaemas Resources. Anda hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebagai dealer sebanyak RM600 sahaja untuk menjadi dealer. Pembelian produk bukanlah syarat untuk menjadi dealer. Banyak kelebihan menjadi dealer Hargaemas yang saya akan kongsi di blog ini tidak lama lagi. Kalau T&T Silver pula, pembelian produk minimum sebanyak RM3,300 akan melayakkan anda untuk menjadi dealer. Lepas tu kumpul duit dan tambah jumlah gram emas dan silver anda.

4. Belajar technical analysis berkaitan pelaburan emas dan perak. Fundamental analysis sahaja tidak cukup. Dengan technical analysis, kita dapat mengagak entri point yang bagus untuk membeli.

5. Subscribe blog ini untuk mengetahui pelbagai lagi tips menarik berkaitan emas dan perak. Boleh subscribe kat sidebar belah kanan blog ini.  :)

Every action has consequences“.

Ingat tu.!

"Langgan Artikel Blog Ini"
Dapatkan update mengenai Pelaburan Silver dan Emas terus ke inbox email anda!

{ 9 comments… read them below or add one }

Seam January 16, 2012 at 7:26 pm

X tau la Alif, aku rasa investment selain skim2 di bwh ASNB ni semuanya ‘mentally taxing’. Mcm susah nak buat freelance, kalau yg kerja tetap, kena ambil cuti panjang (4 – 6 bulan, maybe more) baru boleh betul2 belajar. Itu baru BELAJAR, belum melabur lagi.

Reply

alif January 17, 2012 at 2:30 pm

Seam,
Actually tak perlu sampai tahap mcm tu. Aku ikut tips2 yg aku biasa dengar je. Antaranya:

1. Baca buku2 yg berkaitan dengan perkara yg kita nak kuasai tu banyak2. Usually around 9-10 buku dah cukup banyak input yg kita boleh dapat. The balance is just common sense I guess. Kalau baca lagi banyak lagi bagus. Kene pilih credible sources juga.

2. Guna teori 10000 hour rule yg Malcom Gladwel bagitau tu la kot.

3. Bertanya pada org yg ahli.

Semua ni mmg kita biasa buat pun kan? Cuma sekali sekal buat silap tu, I believe that is part of life. :)

Reply

mamat ali January 24, 2012 at 6:15 pm

saya tengok harga buyback T&T dalam 19%..tinggi tu spread berbanding public gold cuma 12% je..harga belian pG rendah je tapi T & T tinggi..kalau nk invest baik beli yg spread nya yg rendah baru untung…ye la..baru nak belajar beli silver…tolong saya…

Reply

alif January 26, 2012 at 5:01 pm

Assalamualaikum Mamat Ali

Minta maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Sy sedang siapkan artikel terbaru saya berkaitan pertanyaan saudara ni.

Tentang spread tu, ada 2 perkara yang anda perlu jelas:

1. Perbezaan antara Casted Silver Bar dan Minted Silver Bar.

Anda boleh baca artikel ini: http://www.pelabursilver.com/pelaburan-silver-perbandingan-antara-casted-dan-minted-silver-bar.html

Kalau nak compare, kita mesti compare epal dengan epal. Limau dengan limau. Lori dengan lori. Tak boleh banding kereta dengan lori. Itu tidak adil.

Produk PG adalah Casted. Bukan Minted. Tak adil untuk compare produk PG dengan T&T secara rambang. Sudah pasti harga kedua-duanya berbeza. Bila harga berbeza, maka spread nya juga berbeza.

Kalau nak compare casted silver bar PG dan T&T, maka hanya bar 1kg sahaja yang boleh dibandingkan sebab T&T tak hasilkan casted bar melainkan yang 1kg dan 3kg.

2. Sesiapa yang jadi MD untuk T&T akan dapat rebate/diskaun sebanyak 6% untuk setiap pembelian yang mereka buat.

Contohnya, katalah harga sell 1kg CASTED silver bar T&T adalah RM5000. Selepas diskaun 6%, harga sebenarnya adalah RM4700.

Maka bila kita kira % spread ((Harga Sell – Harga Buy)/Harga Buy), harga sell tu sepatutnya RM4700. Bukan RM5000. Sudah pasti spread sebenarnya adalah lebih rendah. Tapi ramai orang bila kira spread, mereka letak harga RM5000 tu. Itu silap sebenarnya.

Kalau PG, diskaunnya hanya 2% bagi MD. T&T diskaunnya adalah 6% bagi MD.

Sudah pasti 1kg T&T casted bar lebih menguntungkan. Kalau tak pun, lebih kurang je spreadnya.

Dan sy tetap memilih T&T kerana kelebihannya memang banyak. Boleh baca sini: http://www.pelabursilver.com/pelaburan-silver-12-kelebihan-tt-silver.html

Harap saudara lebih jelas sekarang.

Reply

Nir January 29, 2012 at 9:21 am

Lama dah cari artikel kupas isu ni. Tahniah pada tuan penulis.

Maknanya jikalau kita nak buat pelaburan jangka masa panjang maka buat pinjaman ni bagus? begitu ka pendapat tuan?

Reply

alif January 29, 2012 at 11:03 am

Nir,

Ideally, apa2 pelaburan pun tak patut buat pinjaman. Apatah lagi kalau performancenya turun dan naik.

“Jangka panjang” ni subjektif. Sesetengah orang faham “jangka panjang” ni macam 20 tahun.

Sedangkan untuk pelaburan berasaskan komoditi dan saham, kedua-duanya ada bull cycle yang limited masanya. Bukan seperti property.

Kalau nak buat loan juga, pastikan anda benar2 tahu dan yakin tentang potensi kenaikan harga emas dan silver untuk jangka masa tertentu.

Then, keputusan adalah di tangan anda. Your action is your own responsibility. :)

Reply

Nir February 2, 2012 at 8:11 pm

Mmg tgh berura2 nak buat loan untuk serius dlm Emas n Silver. Prestasi emas n silver nampak baik. I guess this is pelaburan after all.

Reply

amy April 10, 2012 at 1:56 pm

brminat nk join T@T..tp info masih blurr….kalau sy jadi beli emas dn silver dr T@T, DN in case sy nk jual ,kpd siapa dn di mana sy nk jual emas sy itu ….sy adalah penyimpan emas PG .

Reply

alif April 12, 2012 at 3:43 am

amy,

T&T akan pindah HQ di Kota Damansara soon. Boleh jual kat HQ nanti. Alternatively, boleh jual kat dealer2 yg lain.

Future plan T&T ialah utk buka banyak safe office utk org ramai simpan emas/perak mereka dalam safe box. Safe office tersebut akan jadi centre for jual balik dan ambil produk juga. Tapi bukan utk orang ramai beli direct macam PG.

Pasal emas PG tu, kalau dah dapat break even dan berminat utk jual, boleh la jual balik kat PG. Then beli dinar jewellery T&T pula. Terpulang.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: